Sungguh menarik jika kita meninjau perkataan literature. Perkataan tersebut mempunyai hubungan dengan perkataan light, lighter, lit iaitu yang membawa maksud pencahayaan. Jadi literature itu sendiri membawa cahaya kepada kehidupan manusia seterusnya memberikan kebahagiaan dalam kehidupan. Membaca sastera itu adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan. Maka dalam mencari kebahagiaan haruslah memakai jalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan kerana itulah yang dikatakan kebahagiaan yang sebenar.
Mencari Jalan Hamzah Melayu Rohani
Download Zip: https://urlgoal.com/2vGBuk
Sastera merupakan sebuah tradisi keagamaan. Hampir kesemua penulis sastera di alam melayu menceritakan tentang tasawuf, makna diri, makna kejadian dan juga roh. Mereka mencari makna hakikat kehidupan disamping sebagai kerjaya. Realiti sastera sufi itu bertingkat-tingkat. Daripada sastra kepada sutra seterusnya naik kepada yoga. Begitu juga ilmu pengetahuan yang lain wujud secara bertingkat-tingkat kerana setiap ilmu pengetahuan itu berkembang. Jika diteliti, tidak ada pemisahan antara alam Melayu dengan alam yang lain seperti alam Parsi dan Arab. Semuanya adalah dikelompokkan dalam alam Islam. Maka, apabila membicarakan tentang sastera Iran atau Parsi, ia juga menunjukkan sastera Melayu.
Menyingkap sejarah kesusasteraan di alam Melayu pada masa lampau, kitab seperti Nur Muhammad dibaca secara umum oleh masyarakat tempatan pada masa itu kerana mereka percaya kepada kewujudan para nabi yang membawa cahaya kepada manusia. Di samping itu, Al-Quran juga menukilkan tentang cahaya dalam penciptaan langit dan bumi. Sungguh menarik jika kita tinjau perkataan literature. Ia mempunyai hubungan dengan perkataan light, lighter, lit yakni yang membawa maksud pencahayaan. Jadi literature itu sendiri adalah yang membawa cahaya kepada kehidupan manusia seterusnya yang memberi kebahagiaan dalam kehidupan. Membaca sastera itu adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan. Maka dalam mencari kebahagiaan haruslah memakai jalan yang mendekatkan diri dengan Tuhan kerana itulah yang dikatakan sebenar-benar bahagia.
Termasuklah hikayat di alam melayu, jika diteliti secara mendalam, kita akan dapati semuanya menceritakan tentang kehidupan manusia di muka bumi dan jalan untuk kembali kepada Tuhan. Tapi ramai yang salah faham dan menganggap hikayat sebagai sesuatu yang tidak bermakna dan bersalahan dengan realiti kejadian dan hanya menganggap sebagai hiburan semata-mata. Kita ambil Hikayat Bayam Budiman sebagai contoh yang menceritakan tentang maksud cinta sejati dan kesetiaan yang mesti dijaga dan bukannya tunduk kepada desakan nafsu. Begitu juga dengan hikayat yang lain seperti Hikayat Pandawa Lima dan Hang Tuah lima bersaudara yang memberi gambaran tentang lima pancaindera yang terdapat pada diri manusia. Ini menjadi bukti bahawa hikayat bukanlah semata-mata hiburan bahkan terkandung di dalamnya ajaran agama dan nilai falsafah. 2ff7e9595c
Comments